Sikap Dan Pendirian

Posted Under '' | Written by 'Webmaster' | Komen Anda

Dapat panggilan dari seorang rakan berkenaan seseorang yang agak berpengaruh. Seseorang yang imej cukup bersih dan baik namun apa yang paling utama ialah sikap. Sebaik mana pun seseorang, sepandai mana pun, jika sikap atau "Attitude" teruk, maka serupa sahaja dengan buah durian (Raja Buah) cantik di luar namun di dalam rosak isinya.

Bukan saja-saja saya menulis mengenai sikap ini. Di tempat kerja misalnya, anda bekerja di bawah seorang ketua. Sekiranya ketua anda menunjukkan sikap yang tidak baik, bagaimana ketua anda mahu melihat anda bersikap baik. Secara logiknya, sikap anak buah dicontohi daripada sikap ketua itu sendiri. Teruk ketua itu, binasalah anak buahnya. Walaupun ketua anda seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang kerjanya.

Sikap ini umpama enjin di dalam kereta. Jika anda mempunyai sebuah kereta cantik namun tidak mampu membawa anda ke mana-mana ia samalah dengan sia-sia. Sikap memang di titik beratkan dalam kehidupan seharian. Kadangkala kita tidak nampak keburukan sikap kita dan cara terbaik kita bertanya dengan orang yang kita percaya yang boleh membimbing atau membantu kita ke arah yang lebih baik. Perbaiki sikap yang dianggap kelemahan dari masa ke semasa.

Selain sikap, kita juga haruslah mempunyai pendirian atau pegangan serta prinsip hidup. Kebanyakkan rakan-rakan yang saya kenal, mereka ini mempunyai pendirian yang tidak tetap dan selalu goyah sekiranya ada peluang dan ruang untuk mereka lari dari pendirian mereka yang sebenar. Maka terjadilah gejala yang tidak diingini. Sebagai contoh kes-kes rempit, mereka tahu itu satu perkara bahaya dan menyusahkan ibu bapa dan masyarakat, namun pendirian mereka berubah atas dasar ego dan sifat ingin menunjuk-nunjuk. Maka terjerumus ke kancah lumba haram dan sebagainya.

 

Sikap dan pendirian dua perkara berbeza namun saling memerlukan dalam kehiudpan agar yang kurang baik menjadi baik dan yang baik menjadi lebih baik. Pokok pangkalnya cara kita mengatasi kekurangan diri adalah melalui muhasabah diri dan tanya dengan sahabat anda tentang kelemahan yang mereka nampak supaya anda boleh perbetulkan. Sikap lebih penting daripada ilmu,daripada wang, daripada kegagalan, daripada kejayaan, daripada apapun yang mungkin anda katakan atau yang dilakukan seseorang. Sikap lebih penting daripada penampilan.Hal yang paling penting adalah kita memiliki pilihan untuk menghasilkan sikap yang kita miliki pada hari itu. Kita tidak dapat mengubah masa lalu. Kita tidak dapat mengubah tingkah laku orang atau kita tidak dapat mengubah apa yang pasti terjadi. Hanya satu hal yang dapat kita ubah ialah satu hal yang dapat kita kawal dan itu adalah sikap kita.

Saya semakin yakin bahawa hidup adalah 10 peratus dari apa yang sebenarnya terjadi pada diri kita dan 90 peratus adalah bagaimana sikap kita menghadapinya. Bukan mudah untuk kita berubah, namun kita perlu memulakan langkah pertama untuk berubah kerana selagi tidak memulakan langkah pertama, maka anda akan berada di titik yang sama. InsyaAllah sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Revolusikan Dirimu !!!