Pemakanan Yang Sihat: Sukarkah Untuk Mengamalkannya????–Bahagian Kedua(2)
Oleh: Ahmad Zaim Mat Pau...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Seperti ramai yang telah maklum, sesi undian DiGi Wwwow Awards 2012 baru sahaja berakhir dan dengan ini myHazman dan pihak Admin ingin mengucapkan Jutaan TERIMA KASIH kepada semua pengundi terutamanya 12,200 orang Warga myHazman, pekerja-pekerja Sunway Group, Admin-admin dan pendengar radio SenyumFM | Senyum Sokmo, kepada Blogger MiaLiana.com, rakan-rakan daripada Universiti Utara Malaysia, rakan-rakan Interim daripada Universiti Malaysia Sabah, kaum keluarga, rakan taulan dan sahabat handai yang tidak jemu menyokong myHazman dalam memartabatkan anak muda demi memberi sumbangan kepada masyrakat. Sejak 23 April 2012 lagi anda semua mengundi, menelefon saya bagaimana nak mengundi, bertanya melalui Facebook, Email dan hinggalah 13 Mei 2012 yang lepas.

Jasa anda memang tiada terhingga dan myHazman melalui Internet / Laman Web , masih lagi mencari sukarelawan seluruh Malaysia yang sanggup melakukan tugas suka dan rela dan berkhidmat untuk masyarakat yang memerlukan untuk setiap program yang bakal di anjurkan oleh myHazman. Segala promosi dan Kempen besar-besaran telah di lakukan melalui Facebook, Twitter, Video Youtube, Email dan hebahan melalui Iklan Suara di SenyumFM demi merealisasikan impian myHazman untuk mendapatkan dana untuk tujuan bantuan kepada fakir Miskin dan Anak Yatim. Semoga niat murni myHazman dapat membuahkan hasil.

Terima Kasih para pengundi !!!
Hari Ketiga
Sebaik selesai solat subuh Jam 5 pagi dan setelah selesai persiapan diri, kami semua bersarapan pagi bersama-sama. Lebih kurang jam 8 pagi, kami semua berkumpul di luar rumah untuk meneruskan aktiviti Jelajah dan Ziarah Kampung Surapit. Kami singgah ke rumah Cikgu Supup dan beberapa lagi rumah berhampiran.
Selepas melimpas SK Rampazan, saya rasa terlalu dahaga menyebabkan kekurangan tenaga untuk berjalan. Nasib baiklah ada sebuah rumah yang terdapat kedai runcit dirumahnya. Kami berhenti ziarah sambil menghilangkan dahaga di sana. Selepas itu kami meneruskan lagi ziarah. Terdapat sekumpulan anjing yang cuba menyalak untuk menakutkan kami, malang sungguh apabila anjing tersebut melihat kami segerombolan bersahaja melalui jalan tersebut tanpa rasa takut.
Hari Kedua
Kami tidur jam 2 pagi dan kena bangun jam 4 pagi untuk bersiap-siap mandi dan menuinaikan Solat Subuh. Waktu Subuh masuk pada pukul 4:40 pagi di daerah Papar ini. Kami rasa pnat sangat namun tuntutan agama perlu dilunaskan. Selepas solat, kami bersarapan. Alhamdulillah, Ajk Makanan menyiapkan sarapan pagi yang hebat. Selepas sahaja sarapan, kami bersiap sedia untuk program seterusnya. Program Motivasi bersama pelajar sekolah darjah 4, 5,dan 6. Kami berjalan kaki menuju ke SK Rampazan (saya menaiki kereta). Pejalan kaki mungkin mengambil masa 15- 25 minit.
Setibanya di SK Rampazan, saya membuat persiapan untuk ke udara secara langsung dan saya juga membantu para siswa siswi membuat persiapan. Selepas selesai, majlis bermula dengan bacaan doa dan Lagu Negaraku , Lagu Negeri Sabah dan Lagu Sekolah SK Rampazan. Selepas selesai, Siswa Siswi memulakan terlebih dahulu aktiviti sebelum Saudara Nizam dari Kumpulan MyHazman meneruskan Ceramah Motivasi kepada pelajar SK Rampazan. Haa, yang menariknya, ceramah motivasi ini memperkenalkan Jari Matika di mana belajar Matematik menggunakan Jari. Memang menarik.
Hari Pertama
Kumpulan myHazman yang menyertai Program Jalinan Kasih untuk tahun 2012 ini terdiri daripada pengasas myHazman Saudara Hazman, Saudara Nizam, Saudara Ruzman, Saudara Shaharul Niza dan Saudara Zamak. Kami tiba di Lapangan Terbang KKIA 2 lebih kurang jam 10:30 pagi 11 Mei 2012 di jemput oleh En. Amer Azlan selaku Jurulatih Program Interim. Kami sempat menjamu sarapan pagi Nasi Ayam Goreng di Likas. Selepas bersembang, kami bersiap-siap menuju ke Masjid Negeri Sabah untuk menunaikan Solat Jumaat.
Selepas selesai Solat, saya dan En. Amer Azlan membeli sedikit Surah Yaasin untuk di hadiahkan kepada Surau Kampung Surapit nanti. Seterusnya kami menuju ke Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah untuk berkumpul di sana sebelum bergerak beramai-ramai bersama-sama pelajar Interim UMS. Lebih kurang jam 3 kami bergerak menuju ke Kampung Surapit di daerah Papar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Di sepanjang perjalanan kami, kami terlihat sekumpulan orang memegang ikan-ikan segar yang di pancing untuk dijual kepada pembeli. Mereka menjual dii tepi jalan dengan mengharapkan pemandu berhenti di bahu jalan. Bukan sahaja ikan, bahkan Udang Kara turut dijual.

Notes to PM 24: Proposal to Add Liquidity to the Banking System and Reduce Interest Rates
| 1 |
01
Jan
2011
|
Amanat Tahun Baru 2011 | Written by Webmaster | ||
| 2 |
02
Jan
2011
|
Suai Kenal Kolumnis : Bahagian 1 (bersama Amer Azlan) | Written by Webmaster | ||
| 3 |
01
Jan
2011
|
Laman Web myHazman | Written by Webmaster | ||
| 4 |
03
Jan
2011
|
Suai Kenal Kolumnis : Bahagian 2 (bersama Ahmad Zaim) | Written by Webmaster | ||
| 5 |
04
Jan
2011
|
Hadi : "Great Dreamer cannot be tamed" | Written by Webmaster |
JAKARTA: Cuaca buruk dan kesukaran untuk sampai ke tebing curam tempat pesawat buatan Rusia jenis Sukhoi Superjet 100 yang terhempas pada Rabu, memaksa pasukan mencari dan menyelamat menunda operasi mengeluarkan mangsa nahas itu ke pagi Jumaat.
KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta penyedia penjagaan kesihatan swasta berusaha mencapai taraf antarabangsa selain sentiasa menyediakan perkhidmatan berkualiti.
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 yang membenarkan mahasiswa terlibat dalam apa juga persatuan, badan atau kumpulan termasuk parti politik ketika di luar kampus, diluluskan di Dewan Negara pada Khamis.
PUTRAJAYA: Kabinet pada Khamis memutuskan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diketuai Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi menyelaras dan menangani perhimpunan haram oleh pemandu lori kontena di Pelabuhan Utara, Klang, minggu lepas.
PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia pada Khamis menyelar kenyataan Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez bersabit keselamatan pekerja Indonesia di negara ini, yang disifatkan amat berbahaya dan boleh mengancam ekonomi negara.
KUALA LUMPUR: Pesawat A380 yang pertama untuk Malaysia Airlines (MAS) telah kembali ke Toulouse, Perancis selepas selesainya hias semula dalaman dan ujian sistem kabin.
KUALA LUMPUR: Dewan Negara pada Rabu meluluskan lima rang undang-undang yang berkait rapat dengan hal-hal berkaitan keselamatan negara.
SEPANG: AirAsia dan Malaysia Airlines ketika ini sedang membincangkan cara-cara untuk mewujudkan bahagian kerjasama intensif di samping mengekalkan situasi sama menang.
| 18-03-11 | Program di Kudat Anjuran UMS |
| 04-06-11 | Program Bersama Anak Yatim |
| 12-08-11 | Kembara Musafir myHazman |
| 11-05-12 | Program di Papar Anjuran UMS |